WI

WI

Monday, 24 June 2013

Persatuan Seni Silat Gerak Zikir ( P.S.S.G.Z )

ANAK-ANAK GERAK ZIKIR ( P.S.S.G.Z )
HARI PENGIJAZAHAN WAFAQ

Seni silat GERAK ZIKIR, seni silat yang saya pelajari sudah hampir 1 tahun ( baru lagi jadi student Gerak Zikir nie ... hehe ). Sebelum ni saya ada belajaq jugak seni mempertahankan diri yang lain, silat apa yang saya belajaq sebelum Gerak Zikir .. nanti saya habaq ... saya nak cerita dulu sikit tentang hari pengijazahan nie .. sebelum tu saya nak bagi tau gambaq yang saya letak ni adalah gambaq yang di"snap" setelah selesai ujian pengijazahan ... dan mereka semua adalah sebahagian sahabat-sahabat seperguruan (that means ada lagilah sahabat-sahabat lain yang tak ada dalam gambaq nie) dan guru saya ..ujian pengijazahan nie dijalankan selama dua hari iaitu pada 2hb & 3hb  November 2012 .

Okeyy ... 3hb November 2013 adalah tarikh saya mengambil ujian pengijazahan .. pada waktu giliran saya mengambil ujian ... time tu pukul 6.30 ptg ... hujan turun punya lebat .. di gelanggang tak dak bumbung ... so ... basah lencun la jawab dia ... tapi alhamdulillah .. saya berjaya melepasi ujian nie walaupon mengalami kepenatan tahap gaban ( Gabannn pon tak penat macam saya ooo ... nak habaq mai )

Warna-warna Wafaq yang kami semua sandang adalah menunjukan tahap-tahap kemahiran masing-masing yang telah dinilai oleh guru kami . terdapat lima warna Wafaq mengikut tahap kemahiran iaitu :-
  • Warna Putih, Tahap = 1
  • Warna Hijau, Tahap = 2
  • Warna Merah, Tahap = 3 
  • Warna Kuning, Tahap = 4 
  • Warna Hitam, Tahap = 5 ( Tahap Tertinggi )
alhamdulillah semua anak-anak Gerak Zikir yang mengambil ujian pengijazahan, memberi komitmen yang begitu baik sekali ... Alhamdulillah ... dengan keizinan ALLAH S.W.T ... Hari Pengijazahan Wafaq berakhir dengan jayanya serta penuh bersemangat.

Walaupon sudah hampir setahun ia sudah berlalu, namum ia adalah salah satu kenangan yang manis yang saya pernah lalui ... Terima Kasih kepada Guru saya "MOHD SUHAIRI BIN ABDUL HAMID" kerana memperturunkan dan mengajar ilmunya kepada saya dan sahabat-sahabat saya. Moga ALLAH merahmati beliau dan keluarga ... Amin Ya Rabbal Alamin ....

1 comment: