WI

WI

Tuesday, 25 June 2013

Senjata Warisan

Keris Singo Barong
KERIS

Gambaq keris disebelah adalah satu-satunya keris yang saya miliki ... Keris yang saya beli dari Guru saya pada tahun lepas ... nama bagi keris ni ialah Singo Barong ... keris ni mempunyai 11 lok ... belum pernah tikam orang lagi ... hehehe ...      ( tarak pasai aehh nak pi tikam orang ) . Saya merasa bangga memiliki keris kerana ia adalah satu lambang kemegahan orang melayu ... bagi pendapat saya orang melayu patut memiliki keris dan mengetahui serba sedikit tentang sejarah keris ..... saya bukan nak memuliakan atau nak memuja keris ni .... tapi saya menganggap keris adalah salah satu simbol kebanggan bagi orang melayu dan jugak seluruh Nusatara

Okeyy ... saya tulis sedikit sejarah tentang keris ni  ( bukan nak tunjuk pandai ... sekadar berkongsi pengetahuan yang saya tahu ja ... )

Sebelum kita mengenali Keris .... kita mengenali perkataannya dulu ... Perkataan KERIS dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu "MALANG KERIK" yang membawa kepada maksud "Cekak Pinggang" ... 

Okeyy ...  sekarang kita mengenali senjata pulak ... KERIS adalah sejenis senjata pendek yang salah satu tujuanya ialah digunakan untuk mempertahankan diri semenjak melebihi 600 tahun dulu ... Keris juga digunakan sebagai alat kebesaran diraja ... 

Nama-nama dibahagian Keris tersendiri iaitu Hulu, Pendokok, Sampir, Buntut, Lok, Perut, Tulang, Pucuk, Tuntung, Jangut, Belai Gajah, Kambing Kacang, Lambai, Dagu, Kepala Cicak, Ekor Cicik, Ganja, Puting dan Leher  ....bahagian-bahagian itu mempunyai kehalusan seni yang tersendiri dan saya begitu tertarik dengan ukiran-ukiran yang terdapat pada keris itu sendiri ...  seperti mata keris ... ada yang mengukir mata keris dengan bentuk seperti Naga, Singo ( yang terdapat pada keris dari kepulauan jawa ) dan lain-lain lagi begitu jugak Hulu dan Sarung juga ada keunikan ukiran yang tersendiri ...

Cara orang kepulauan melayu menyimpan keris dipinggang juga berbeza dengan orang kepulauan jawa ... orang kepulauan melayu selit keris dibahagian hadapan pinggang manalaka orang kepulauan jawa pula selit keris dibahagian belakang pinggang mereka ... kedua-dua cara ni sudah pasti mempunyai tujuan yang tertentu ... begitu juga cara memegang keris diantara kedua-dua kepulauan ini juga berbeza ... Keris yang termasyur di kepulauan melayu sudah tentu Keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah ... Namum begitu keris Taming Sari bukanlah berasal dari kepulauan melayu ... kalau kita membaca sejarah bagaimana Hang Tuah mendapat keris ni ... sudah tentu kita dapat merumuskan bahawa keris ni berasal dari kepulauan jawa ... 

Walau apa pun ... kita sebagai orang melayu dan kita adalah seorang yang mempelajari ilmu persilatan harus mertabatkan senjata Keris ni .. walaupun keris sudah dikenali diserata negara... namum kita harus memperkasakan nama dan senjata warisan kita ni ... moga ia kekal di mata dunia ... jangan biarkan generasi yang akan datang kita tidak mengenali senjata warisan melayu ni ... tak salah jika kita hendak mengenali sanjata-senjata traditional bangsa lain ... kerana ia boleh menambah ilmu pengetahuan tentang senjata ... tapi berilah keutamaan pada senjata warisan kita nie dulu iaitu KERIS ...... 

"Betulkan saya jika saya salah ...."


"Orang melayu zaman dahulu sering mengaitkan keris mempunyai Kuasa Mistik dan mempunyai semangat yang tersendiri ... Amalan melayu traditional dulu keris perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada waktu-waktu tertentu dan ada juga yang mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya ... Pada pendapat dan pandangan peribadi saya ... jika kita hendak menjaga keris ni perlulah kita mempunyai alasan-alasan yang munasabah yang tidak melanggar hukum-hukum dalam agama Islam ... contoh seperti kita mengasamlimau atau memperasap keris untuk menjaga logam dan menambah atau meletakan bisa pada keris dari sudut kajian saintifik terbukti keberkesananya (dengan kadar itu ) maka ia tidak mengapa ... jika kita mengtakliq atau menanggap dengan membuat cara-cara pada waktu-waktu tertentu serta membaca mentera yang boleh memberi kuasa-kuasa pada keris itu maka segera HENTIKAHLAH .... takut-takut kita terpesong daripada akidah kita .... Apa yang lebih penting kita harus MENJAGA AKIDAH kita .... sekali lagi saya katakan ini adalah pendapat dan pandangan peribadi saya ... wallahu a'lam ..."


No comments:

Post a Comment