WI

WI

Friday, 28 June 2013

Menanti kunjungan bulan Ramadhan Al Mubarak


ASSALAMUALAIKUM
Tinggal 12 hari lagi ... In sya Allah ... umat islam di Malaysia akan memasuki bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadhan ...
  
Di dalam Hadis:
Dari Abu Hurairah R.A, katanya : Rasulullah S.A.W bersabda :
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan semua pintu syurga" 
( HR Bukhari )

Dari Abu Hurairah R.A, katanya : Rasulullah S.A.W bersabda :
"Apabila tiba bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan"
( HR Bukhari )

oleh itu sama - samalah kita menunggu ketibaan bulan ini dengan penuh keikhlasan hati  ... 
In Sya ALLAH ....

T Shirt Design Artwork 2

The Great hunter
OSS ( Old Skool Shooter )

Assalamualaikum ..... 2 lagi design baju yang aku reka ... tahun sama jugak ... 2011 .... boleh la ushar-ushar tengok .... kalau ada cacat cela ... boleh lahh beri comment .... al maklum lah .... saya budak baru belajarrrr ..... hehehehe ..... steadyy ...steadyyyy ....

Thursday, 27 June 2013

T Shirt Design Artwork

HEART KILLER
BIOHAZARD MASQUERADE
2 design t - shirt  baju yang dah lama aku reka ...rasa-rasa tahun 2011 kott ... ada lagi design yang aku tak publish .... disimpan untuk post yang akan datang .... kalau nak comment pon boleh ... kalau nak order pon boleh jugak .... hehehe ...

Wednesday, 26 June 2013

Berlatih bermain senjata "Nunchaku"

 

ASSALAMUALAIKUM
  
Videoclip ... aku sedang berlatih bermain senjata yang bernama "Nunchaku" di gelanggang aku belajar ilmu persilatan ...  bukan nak tunjuk hebat ... sekadar ingin berkongsi dan menimba ilmu ... Siapa - siapa pon boleh memberi kritikan yang membina dan tunjuk ajaq kepada saya .. selagi ilmu memberi manfaat kepada saya .... In Sya ALLAH ... saya sedia mendengar dan menerima

Aku masih lagi di dalam pembelajaran dan banyak lagi nak kena blajaq ... dari segi kawalan, serangan, pusingan, pergerakan dan macam-macam lagi lahh ... Dalam masa aku blajaq main nunchaku ini ... batang kayu nunchaku ni dah pernah singgah kat kepala, dagu dan siku aku ... sakit tu memang sakitlah .... cuma kena tahan la sikit kalau nak pandai main senjata ni ...sekarang ni alhamdulillah dah pandai main sikit ....

Nak cerita pasai sejarah nunchaku ni pon aku tak tau sangat .... nantilah aku search-search kat wikipedia ... hehehehehe ......

Thanks to my sweet heart sebab tolong record .... ;)

Doa Minta Hujan

Hujan
Assalamualaikum....
Memandangkan sekarang ni negara kita sedang mengalami masalah jerebu yang berpunca daripada kebakaran di Riau, Indonesia ... eloklah kita sebagai umat Islam memperbanyakan doa agar ALLAH S.W.T mengeluarkan kita daripada masalah ni dan melindungi kita daripada sebarang masalah - masalah kesihatan ...
Bagi umat Islam ... Solat Istisqa' dan berdoa supaya ALLAH S.W.T menurunkan hujan adalah tindakan pertama dan utama kita dalam menangani masalah jerebu ni .... moga - moga ALLAH S.W.T melindungi serta menjauhkan bala dari kita dan saudara-saudara kita ... In Sya ALLAH ...
Di sini saya sertakan beberapa doa-doa yang berkaitan dengan hujan yang saya perolehi daripada buku doa pilihan .... untuk maanfat kita bersama ...

Doa Solat Istisqa' ( Minta Hujan ) :
Allahummasqinaa ghaitsan mughiitsan marii'an murii'an, naafi'an ghaira dharrin, 'aajilan ghaira aajilan
bermaksud :
"Ya Allah, turunkanlah secepatnya kepada kami, menyenangkan, menyuburkan, mudah lagi bermanfaat serta tidak mendatangkan bahaya"
( HR Abu Daud )
***********
Allahumma aghitsna, Allahumma aghitsna, Allahumma aghitsna
bermaksud :
"Ya Allah, ya Tuhan kami. Turunkanlah hujan kepada kami, Turunkanlah hujan kepada kami, 
Turunkanlah hujan kepada kami"
( HR Bukhari dan Muslim )
*************
Allahummasqi 'ibadaka, wa baha 'imika, wansyur rahmataka wa ahyii baladakal-mayyit
bermaksud : 
"Ya Allah, curahkanlah kepada hamba-Mu air hujan, juga kepada binatang-binatang. Dan, limpahkanlah rahmat-Mu ya Allah serta hidupkanlah/suburkanlah) negeri-Mu yang mati."
( HR Abu Daud ) 
Doa ketika turun hujan :
Allahumma shayyiban naafi'an
bermaksud :
"Ya Allah, curahkanlah air hujan yang bermanfaat"
( HR Bukhari ) 
 Doa setelah turun Hujan :
Muthirnaa bifadhlillahi wa rahmatihi
bermaksud : 
"Engkau telah memberikan kami hujan berkat kebaikan-Mu dan rahmat-Mu"
( HR Bukhari )
Doa ketika takut bahaya hujan lebat :
Allahumma hawaalainaa wa laa 'alainaa. Allahumma 'alal-akaami wazh-zharab, wa buthuunil-audiyah, wa manaabitisy syajar 
bermaksud : 
"Ya Tuhanku, cukupkanlah hujan ini di sekitar kami jangan di atas kami. Ya Tuhanku, hendaklah hujan ini dicurahkan di atas bukit-bukit, di hutan-hutan lebat, di gunung-gunung kecil, di lembah-lembah dan tempatnya tumbuhnya pepohonan"
( HR Bukhari dan Muslim ) 
**betulkan saya, jika saya salah...** 
                                       

Tuesday, 25 June 2013

Sahabat Selamanya

Nninn dia .... Tiga orang sahabat karib aku yang telah aku "menjalinkan hubungan" persahabatannn sejak kami sekolah rendah lagi ... hehehe ... berbelas-belas tahun jugaklah persahabatan kami ni ... gambar ni telah di"snap" pada hari raya tahun lepas di rumah salah sorang sahabat aku niee ... sahabat-sahabat aku nie semua nya telah mendirikan rumah tangga ... dan semua dah mempunyai cahaya mata ....

Walau pun sekarang ni dah jarang-jarang berjumpa disebabkan komitmen terhadap keluarga dan kerjaya masing-masing ... namun kami semua masih lagi keluaq lepak-lapak kat kedai mamak nasik kandaq ... tak la lost contact ... kalau lost contact tak sahabat karib la ... 

Apa-apa pon "ALL THE BEST to three of you " semoga berkekalan persahabatan kita ... moga berbahagia disamping Isteri, anak dan keluarga tercinta dan mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T .... In Sya Allah ....

Senjata Warisan

Keris Singo Barong
KERIS

Gambaq keris disebelah adalah satu-satunya keris yang saya miliki ... Keris yang saya beli dari Guru saya pada tahun lepas ... nama bagi keris ni ialah Singo Barong ... keris ni mempunyai 11 lok ... belum pernah tikam orang lagi ... hehehe ...      ( tarak pasai aehh nak pi tikam orang ) . Saya merasa bangga memiliki keris kerana ia adalah satu lambang kemegahan orang melayu ... bagi pendapat saya orang melayu patut memiliki keris dan mengetahui serba sedikit tentang sejarah keris ..... saya bukan nak memuliakan atau nak memuja keris ni .... tapi saya menganggap keris adalah salah satu simbol kebanggan bagi orang melayu dan jugak seluruh Nusatara

Okeyy ... saya tulis sedikit sejarah tentang keris ni  ( bukan nak tunjuk pandai ... sekadar berkongsi pengetahuan yang saya tahu ja ... )

Sebelum kita mengenali Keris .... kita mengenali perkataannya dulu ... Perkataan KERIS dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu "MALANG KERIK" yang membawa kepada maksud "Cekak Pinggang" ... 

Okeyy ...  sekarang kita mengenali senjata pulak ... KERIS adalah sejenis senjata pendek yang salah satu tujuanya ialah digunakan untuk mempertahankan diri semenjak melebihi 600 tahun dulu ... Keris juga digunakan sebagai alat kebesaran diraja ... 

Nama-nama dibahagian Keris tersendiri iaitu Hulu, Pendokok, Sampir, Buntut, Lok, Perut, Tulang, Pucuk, Tuntung, Jangut, Belai Gajah, Kambing Kacang, Lambai, Dagu, Kepala Cicak, Ekor Cicik, Ganja, Puting dan Leher  ....bahagian-bahagian itu mempunyai kehalusan seni yang tersendiri dan saya begitu tertarik dengan ukiran-ukiran yang terdapat pada keris itu sendiri ...  seperti mata keris ... ada yang mengukir mata keris dengan bentuk seperti Naga, Singo ( yang terdapat pada keris dari kepulauan jawa ) dan lain-lain lagi begitu jugak Hulu dan Sarung juga ada keunikan ukiran yang tersendiri ...

Cara orang kepulauan melayu menyimpan keris dipinggang juga berbeza dengan orang kepulauan jawa ... orang kepulauan melayu selit keris dibahagian hadapan pinggang manalaka orang kepulauan jawa pula selit keris dibahagian belakang pinggang mereka ... kedua-dua cara ni sudah pasti mempunyai tujuan yang tertentu ... begitu juga cara memegang keris diantara kedua-dua kepulauan ini juga berbeza ... Keris yang termasyur di kepulauan melayu sudah tentu Keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah ... Namum begitu keris Taming Sari bukanlah berasal dari kepulauan melayu ... kalau kita membaca sejarah bagaimana Hang Tuah mendapat keris ni ... sudah tentu kita dapat merumuskan bahawa keris ni berasal dari kepulauan jawa ... 

Walau apa pun ... kita sebagai orang melayu dan kita adalah seorang yang mempelajari ilmu persilatan harus mertabatkan senjata Keris ni .. walaupun keris sudah dikenali diserata negara... namum kita harus memperkasakan nama dan senjata warisan kita ni ... moga ia kekal di mata dunia ... jangan biarkan generasi yang akan datang kita tidak mengenali senjata warisan melayu ni ... tak salah jika kita hendak mengenali sanjata-senjata traditional bangsa lain ... kerana ia boleh menambah ilmu pengetahuan tentang senjata ... tapi berilah keutamaan pada senjata warisan kita nie dulu iaitu KERIS ...... 

"Betulkan saya jika saya salah ...."

Monday, 24 June 2013

Persatuan Seni Silat Gerak Zikir ( P.S.S.G.Z )

ANAK-ANAK GERAK ZIKIR ( P.S.S.G.Z )
HARI PENGIJAZAHAN WAFAQ

Seni silat GERAK ZIKIR, seni silat yang saya pelajari sudah hampir 1 tahun ( baru lagi jadi student Gerak Zikir nie ... hehe ). Sebelum ni saya ada belajaq jugak seni mempertahankan diri yang lain, silat apa yang saya belajaq sebelum Gerak Zikir .. nanti saya habaq ... saya nak cerita dulu sikit tentang hari pengijazahan nie .. sebelum tu saya nak bagi tau gambaq yang saya letak ni adalah gambaq yang di"snap" setelah selesai ujian pengijazahan ... dan mereka semua adalah sebahagian sahabat-sahabat seperguruan (that means ada lagilah sahabat-sahabat lain yang tak ada dalam gambaq nie) dan guru saya ..ujian pengijazahan nie dijalankan selama dua hari iaitu pada 2hb & 3hb  November 2012 .

Okeyy ... 3hb November 2013 adalah tarikh saya mengambil ujian pengijazahan .. pada waktu giliran saya mengambil ujian ... time tu pukul 6.30 ptg ... hujan turun punya lebat .. di gelanggang tak dak bumbung ... so ... basah lencun la jawab dia ... tapi alhamdulillah .. saya berjaya melepasi ujian nie walaupon mengalami kepenatan tahap gaban ( Gabannn pon tak penat macam saya ooo ... nak habaq mai )

Warna-warna Wafaq yang kami semua sandang adalah menunjukan tahap-tahap kemahiran masing-masing yang telah dinilai oleh guru kami . terdapat lima warna Wafaq mengikut tahap kemahiran iaitu :-
  • Warna Putih, Tahap = 1
  • Warna Hijau, Tahap = 2
  • Warna Merah, Tahap = 3 
  • Warna Kuning, Tahap = 4 
  • Warna Hitam, Tahap = 5 ( Tahap Tertinggi )
alhamdulillah semua anak-anak Gerak Zikir yang mengambil ujian pengijazahan, memberi komitmen yang begitu baik sekali ... Alhamdulillah ... dengan keizinan ALLAH S.W.T ... Hari Pengijazahan Wafaq berakhir dengan jayanya serta penuh bersemangat.

Walaupon sudah hampir setahun ia sudah berlalu, namum ia adalah salah satu kenangan yang manis yang saya pernah lalui ... Terima Kasih kepada Guru saya "MOHD SUHAIRI BIN ABDUL HAMID" kerana memperturunkan dan mengajar ilmunya kepada saya dan sahabat-sahabat saya. Moga ALLAH merahmati beliau dan keluarga ... Amin Ya Rabbal Alamin ....

new born blogger

ASSALAMUALAIKUM

...... let's me intro myself......
boleh panggil cheq "WADY" . From penang . Umoq? ... tak yahh bagitau la kott .. First time created blogg ... so, maybe ada banyak carca marba skit dalam blogg nie ... hehehe ... biasalah, "SESUATU ITU PAYAH, SEBELUM IA MENJADI MUDAH " ... banyak yang nak kena belajar dalam nak buat blogg niee ... tapi la dah senang kott .. tak yah dok pikiaq panjang .. semua depa dah standy macam-macam untuk create blogg.
Okeyy .. gambaq seblah nie adalah gambar cheq yang sebenaq .. tak lah ensemm pon .. just sedap mata memandang .. hehe .. Im really love ART ... tak kiralah apa-apa art pon ... Graphic Design .. Lukisan .. Muzik .. Martial Art .. Culinary Art .. mmmm .. banyak lagi lahh yang bersangkut paut dengan Art nie .. tapi yang cheq minat dan betoi-betoi suka .. Martial Art, Music dan Graphic Design ... and im good with thattt ... #just good only, not really-really good .. hehehe .. tapi apa-apa pon Alhamdulillah di atas bakat yang dipinjamkan oleh ALLAH S.W.T kepada cheq ... In Sya ALLAH .. bole cheq kongsi-konsgsi ilmu dengan kadar yang cheq tau ... 
Okeyy .. malaih nak tulis intro panjang-panjang ... cheq sudahi intro cheq ni dengan  ...
WAL BILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH