Badek.... pemberian abah saya |
Badik merupakan senjata Melayu yang bermula dari Sulawesi, Indonesia yang terdapat dalam dua jenis iaitu mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris. Bentuknya menyerupai Tumbuk Lada
tetapi panjang matanya di antara 18 - 20 sm. dan lebar 2 sm. Badik
mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing
dihujungnya. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan
gading serta dihias dengan motif awan larat.
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih
besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya
membongkok ke bawah.
No comments:
Post a Comment